Intai WanDa@QLD FotoPage

By: WanDa QLD

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Aug-2009 23:19 Email | Share | | Bookmark
Jindabyne ke Sydney

scenery kat cabin
Scenery jalan ke sydney
Jindabyne Lake
View all 14 photos...
9 July 2009 kami bertolak ke Sydney. Bertolak awal so that sampai sydney cerah lagi since kami ada beberapa tmpt nak singgah. Sempat posing skit kat Tasik Jindabyne. Perjalanan Jindabyne-Coma- Canberra-Goulburn-Sydney. Perjalanan ini baru le terang mata skit coz masa dtg dulu dah gelap. hanya ada cahaja bulan yg terang benderang. Scenery sepanjang jln cukup cantik. Beza le landskap skit dgn brisbane. Perjalanan lama pun tak ngantuk n penat. sebab enjoying the view + kreta best. Stop makan bekal kat Canberra. Cantik gak tempat ni. Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat Australia ala -ala macam Putrajaya. Aman jer rasanya. Sambung jalan berenti jap kt Goulburn posing kat kambing besar tu.Banyak produk kambing kat sini. Kami teruskan jalan berenti jap utk solat kat RnR. Pas tu masing-masing ambik arah sendiri coz hotel tak sama. Dgn bantuan GPS sampai le kami ke Meriton Appatments Kent St dalam traficjam sydney CBD tu.

Bilik tingkat 40 studio room best giler. View malam sydney cukup cantik dr bilik tu. apatah lg siangnya. Esoknya 10 July 2009 hari penjelajahan sydney. hala tuju pg-pg buta sydney brigde n sydney opera house (SOH) kat Circular Quay. Bergambar sepuas-puasnya. Org kata u can get the best view of Sydney bridge n SOH from tarongga zoo ferry. so that's what we did naik ferry Tarongga Zoo utk ambik gambar je. sampai tarongga zoo org sume ke zoo entrance we all patah balik naik ferry yg sama ke circular quay. Janji jumpa blk ngan man n family ronda SOH. Pas tu pisah balik utk makan time. Konan nak makan kat malaysian rest. naik tercabut kaki nie teroka sydney CBD cari rest tu tak jumpa gak. rasanya dah tak wujud.hemmmmmppp menguji kesabaran tul.balik bilik makan roti le kami. rupanya ada kedai kebab halal kat dua tiga pintu dari hotel. kuar balik gi Paddy Market. Banyak barang best kat situ. Ptg man n family tumpang solat.

11 July 2009 kami check out awal. Round Bondi Beach jap. Cantik sungguh pantai dia. Tak ramai org surfing coz ombak tak tinggi.Agaknya le. Pasir dia halus n sgt bersih. Kagum tul dibuatnya. Air dia bersih tak terkata. Dr situ we all menghala ke Punchbowl nak cari McD halal. Awal sgt kami sampai McD masih serve breakfast lg. So kami ronda jap kat Centro Roseland. Pas tu terus ke KFC. Blm buka gak so take away je le kat drive thru. Terus kami ke airport. Maka bersidai le kami kat airport dari kul 11.30 sampai flight kol 4 ptg. Sebabnya kena return Ford Mondoe tu kul 11.30. Pompuan kaunter Virgin Blue (airline tambang murah) buat hal plak surah kami timbang hand luggage. Terpaksa le buang reta benda kami skit. Pas tu makan le dinner plate kami kat tepi jalan. Kul 2 masuk dalam, rupa kat dalam lg selesa menunggu. Tak pasal2 tadi mkn tepi jalan macam pelarian. flight on time ptg tu siap solat maghrib/isyak dalam flight. Sampai airport Gold Coast, sewa kreta lagi utk blk rumah coz rega murah banding naik public transport. Kreta cute Nissan Micra lawa tapi colour ala aww2 skit. Gitule percutian kami ke New South Wales.


Sunday, 2-Aug-2009 21:58 Email | Share | | Bookmark
Snowland Journey

Kereta Sewa Ford Mondoe
Cabin penginapan Discovery Holiday Parks Jindabyne
Cabin yg x de bathroom
View all 18 photos...
Percutian ke Sydney ni adhoc punya planning. Mula ingat nak gi Perth tp mahal ler plak. So bila Man n family ajak, buat research skit, kira budget skit, on jer pas tu. alhamdullilah it was a memorable n eye opening holiday. so bertolak 7 July naik flight kat brisbane ke sydney, balik turun Gold Coast (nak murah) on 11 July. Our flight Jetstar 8.25am was cancelled, so depa bagi Qantas 9.15am. Dapat makan le dalam flight. Man n Family dah lepas dah naik Virgin Blue 8 am. so depa tunggu we all lama le kat sydney. kat sydney kreta sewa plak lambat dapat, padahal dah book online. bagusnya plak book toyota corrola dapat ford mondoe. melaram sakan le we all. canggih gile kreta tu. fordddd mondoeeee kalau le boleh ko jadi pengganti toyota vios ku hemmmm.

Aktiviti pertama dah dpt kreta, isi perut plak. tak sangka makan KFC kat sydney halal punya. pas tu shopping brg makan kat Punchbowl. Kagumnya we all byk kedai halal kat shopping complex tu. kira kul 2.45pm baru start perjalanan ke Jindabyne. Perjalanan makan masa 5 jam. Jindabyne ni dah dekat nak sempadan Victoria dah. Lalu kot highway and macam jln negeri dia kot. view tak nampak sgt coz 5 pm dah gelap. Stop solat zuhur/asar kat macam RnR kecik diorang ada toilet n bangku makan je. ambik wuduk guna air botol coz air paip sejuk gile2 naik biru tangan.Skali lg stop utk toilet kat gas station somewhere lepas canbera.Temp around -1 ke 5c. Sampai kat cabin - Discovery Holiday Parks Jindabyne kul 8.45pm. Ambik kunci cabin kat peti besi depan opis je, org kaunter dah lama balik. Dia org kata bahaya driving malam coz byk binatang. OOooo rupanya yang tergolek tepi jalan tu kanggaro. Ingatkan anjingggg. Cabin kami tak de toilet, so gi cabin Man nak guna toilet malam tu, esoknya dah jumpa toilet public yg bersih .... emmmm macam tak caya siap ada password nak masuk. Malam tidur sejuk giler temp malam ><2-5. heater ada tp cam tak power je. so menggelatok kesejukan malam tu, bangun subuh baru nampak heater utk matress. hampeh tul. wuduk subuh tu kat sinki je.

8 July pg gi sewa baju dulu, pas tu naik Skitube (mcm keretapi bukit bendera) kat Bullock Flat. Ada 2 stop - Perisher Valley n Blue Cow. Perisher Valley boleh bawak kreta tp kena ada snow chain (binatang apa tah). kalau tengok kreta2 yg naik kat situ rasanya ford mondoe boleh lepas coz kreta tua pun sampai. tp lebih selamat naik skitube kot. kat sini ada hotel. we all sume main gelongsor tobagan (upeh snow). naik tempat tinggi skit pastu tu luncur turun ngan tobagan. Iffah, afif n irfan main luncur tersekat-sekat, tapi bila autie, uncle, mama n abah dia naik laju je luncurnya. emppppph wonder why..... he he he malas nak cakap. Dah puas main tobagan (upeh snow), we all naik skitube plak ke Blue Cow. Kat sini memang tempat ski org pro. we all tumpang makan sama je ngan org pro ski ni. we all sronok main snow kat sini coz snow dia lagi tebal and view dia cantik ... subhanallah. tapi peliknya omputeh tak de pun sibuk ambik gambar, org asia jer leka posing sana sini. emmmppppp musykil gak ??? dalam kul 4 beransur balik coz nak ngejarkan waktu solat. phuhhhh best giler pengalaman hari nie!


Thursday, 23-Jul-2009 20:40 Email | Share | | Bookmark
Movie World Gold Coast

Movie World Goald Coast
Parade Movie World
Superman ride
View all 11 photos...
Movie World kami gi dua hari berturut. Sebenarnya tiket masuk $69.95. kami beli tiket promotion sempena 150 tahun Queensland, $69.95 untuk entry ke movie world, sea world n wet n wild. unlimited entry hingga 30 of june. tu yang tiap2 hari gi coz sebelum june yuswan sibuk ngan kerja sekolah dia. wet n wild je yang kami tak berapa nak enjoy pasal tengah winter. kat malaysia dia lebih kurang cam sunway lagoon n wet land shah alam. tapi bagiuh gak pi masa tu coz aussie nie pakai sopan skit time winter, kalu time summer tak lalu nak tengok kot.
Kat Movie World memang best. ada surau lagi. tapi makan kena picnic kat parking lot jugak le. Banyak character warner bros kat sini. ride dia memang mencabar gile cam batman wing and superman ride. yuswan naik le batman wing. tapi ride yang tak mencabar yang lain we all naik bedua le. tak mencabar pun rasa nak terjatuh le jantung kat scoobydo spooky coaster.


Wednesday, 22-Jul-2009 00:09 Email | Share | | Bookmark
Sea World Gold Cost

Depan enterance sea world
Polar bear bagi pose belakang ala2 manja le tu
Dolphin terbang
View all 6 photos...
Sebenarnya dah lama we all gi sea world gold coast. 2 hari gi pasal sari pasti tak dapat ikut sume show dia.Terkejar-kejar dibuatnya. Join sama kak iza n jana. Gambar banyak tp tak larat nak tgg upload. lambbbbbbbat tul.Tempatnya bagus n cantik bukan takat fun but also educational visit.Kagum tgk dia org committed in helping all the sea creatures survive in these days enviroment. kat sini ada prayer room. senang skit le. makan dulu boleh bawa, sekarang dah tak leh plak.emmm so kena picnic kat car park next time.


Tuesday, 21-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Rumah Sewa

rumah kami bela depan
rumah kami belah belakang
backyard
View all 4 photos...
Rumah townhouse2 tingkat, 3 bilik tidur, 1+0.5 bilik air and 1 garage. macam rumah teres 2 tingkat le. tapi kecik je. tu pun AUD325 per week. tapi view and keliling sunyi le and selamat. rumah kosong jer. malas nak penuhkan pasal tak nak pening kepala bila nak balik mesia nanti mana nak letak barang2 tu. nak bagi kengkawan boleh tapi segan rasanya barang pun bukannya lawa lagi. tilam pun we all ada 1 je. bila tetamu datang nanti, tau le kami rembat tilam dari rumah kengkawan lain... tu pun kalau ada.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net